Monday 28 January 2013

jom kita picnic .. (--,)

Assalamualaikum and good morning!...:) (draft  kak sha on sunday morning actually..9.30am)

Happy holiday uollss..hehehe..bunyi macam ceria je kan..memandangkan cuti bersambung-sambung ni sempat le kak sha and family bercuti kat Melaka ni je..tak jauh pun ..tempat biase jugak..ni pun kes pemancing-pemancing tegar nak memancing kat sini..so ikot kan je lah yer...dulu memang arwah abah suke bebenau datang sini memancing..tapi skrg ni after 4 years abah pergi..habit memancing ni beralih kat adik bongsu kak sha tu...ajim ketot tu...huhu..baru 12 tahun tu..bile weekend,tak ade apa-apa program mesti dia akan ajak  ibu atau abang-abang ipar kitorang datang sini...so driver tersohor dia of kos la kakak kesayangan dia ni kan..hehe..

Ok,disebabkan geng-geng bas sekolah kak sha tak ade,jadi kak sha pun membawa la diri bersama lappy kesayangan ni ke Melaka..upps kesayangan ke?????....sebelum ni dilupakan si lappy ni...mentang-mentangla ade geng-geng bas sekolah tu kan..bagi reason macam-macam la..berat la..online kat fon jelah..malas nak charge la..hahaha..bila dah sorang-sorang baru tau kebosanan di tepi pantai kan...actually geng bas sekolah tu adik kaksha and cousin2 kak sha je..dorang semue tak balik la pulak cuti kali ni..masing-masing bebudak sekolah lagi..kene bace buku exam nak dekattt...huhu..(yes..zaman exam kak sha dah berlalu ponnn)

3 hari 2 malam..ape lah yang kak sha nak buat yer..disebabkan tak gemar memancing dan menunggu benda yang dipancing..mestilah diri ini tersangat lah bosan kan..paling-paling tidak pun tengok anak-anak bebuah tu mandi laut..dah macam polis pantai pulak dok jerit-jerit tak bagi dorang ni bermain dalam air dengan girangnya...(budok2 pantang jumpe air,mesti lupe diri..aishhhh)

okey la...nampaknye kak sha dah ketandusan idea...anyway holiday yang best jugak lah..dari tak buat ape-ape time cuti kan kat rumah tuh..atleast terisi jugak la masa yang ade..selain tu dapat jugak tengok keindahan ciptaan Ilahi..Subahanallah..cantik sangat..pagi,tengahari,petang,malam..tetap indah..alhamdulillah ,syukur diberi ruang keindahan itu dengan penuh rasa aman dan tenang..tq Allah :)

Subahanallah angin selat melaka,sangat tenang..sepetang di sana menikmati keindahan ciptaan Ilahi..tq Allah kerana masih memberi ruang untuk meninkmati keindahan itu.....

Jom bersantai di sini....siap ade banana boat lagi tuh..uppsss banana or pencil boat ni yer..kak sha confius ler..hehehe..tengok budak baju merah tu..khusyuk nak buat sand castle katenye...(eee gerammmnyerrr) ;)



Wednesday 23 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 1434 HIJRAH


Selawat atau Salawat ( Bahasa Arabالصلوات‎ ) diambil dari perkataan solat ( Bahasa Arabالصلاة‎ ), beerti doapujian.
Menurut istilah Kamus Bahasa Melayu, selawat ditakrifkan sebagai; "doa kpd Tuhan supaya dilimpahkan rahmat atas Nabi Muhammad S.A.W.[1]"
Ibnu Kasir berkata dalam tafsirnya: Telah berkata Al-Bukhari: Telah berkata Abu `Aliyah:
Salawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para Malaikat.
Dan Salawat Malaikat ialah doa.
Dan Salawat orang Mukmin ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad S.A.W[2]
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad S.A.W). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

Tingkat-tingkat Selawat

1. Selawat daripada Allah kepada Nabi dan Rasul-Nya terutama Nabi Muhammad s.a.w.
Selawat ini bermakna Allah memberi rahmat kepada Rasulullah. Ini tidak pula bermakna bahawa Rasulullah itu lebih tinggi daripada Allah. Sebenarnya Allah memberi puji-pujian dan keutamaan kepada Rasulullah kerana baginda merupakan makhluk-Nya yang paling taat dan berakhlak mulia. Sepertilah seorang ibu memuji-muji dan terkenang-kenangkan anaknya yang begitu baik dan berbudi kepadanya. Di dalam ayat tadi, Allah memberitahu kita manusia bahawa Dia berselawat kepada Rasulullah supaya kita juga turut melakukannya. Allah juga ada memuji-muji nabi-nabi yang lain serta orang-orang yang soleh yang terdahulu daripada Nabi Muhammad di dalam [[ Al-quran]]. Allah sebenarnya mahu mengajar kita supaya memuja dan memuji orang-orang yang taat kepada-Nya, lebih daripada tokoh-tokoh negara atau personaliti-personaliti glamor yang banyak melanggar perintah-Nya.
2. Selawat daripada malaikat kepada para nabi dan rasul.
Para malaikat merupakan makhluk Allah yang sangat taat. Mereka selalu berselawat kepada para nabi dan rasul. Walaupun malaikat adalah makhluk yang suci yang diciptakan daripada cahaya, namun darjat para nabi dan rasul adalah lebih tinggi daripada mereka. Mengapa? Kerana malaikat sememangnya diciptakan tanpa nafsu (yang sering mengajak manusia melakukan kejahatan dan kemungkaran), oleh itu adalah mudah untuk mereka melakukan ketaatan yang sepenuhnya kepada Allah. Tetapi manusia diciptakan dengannafsu. Bermakna, manusia yang boleh menundukkan nafsunya untuk melakukan taat kepada Allah adalah lebih hebat dari keseluruhan para malaikat.
3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad.
Selawat kita umat Muhammad kepada nabi kita merupakan permohonan kita kepada Allah supaya memberikan keutamaan dan kemuliaan kepada baginda. Dengan berselawat, kita juga mengakui kerasulannya dan mengakui kebenaran ajaran yang dibawa oleh baginda. Sebenarnya Nabi Muhammad tidak memerlukan selawat-selawat daripada kita yang memohon Allah memberi keutamaan dan kemuliaan kepada baginda. Beliau sudahpun disebut sebagai manusia dan rasul yang paling utama. Tetapi dengan berselawat, kitalah yang akan mendapat manfaatnya. Kita akan mendapat pahala dan keberkatan serta dapat mendekatkan hati kita kepada baginda

Kelebihan berselawat

1. Mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w.
Rujukan :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "
Nasib kita di akhirat memang tidak pasti. Kalau dilihat pada diri kita umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa-rasanya kita adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga. Oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk menolong kita di akhirat nanti.

[sunting]Syafaat Nabi di akhirat nanti ada 5 jenis                                                                 

i) Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
ii) Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
iii) Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
iv) Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
v) Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.
2. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w. (dengan izin Allah jua)


Kelebihan selawat mengikut para ulama

1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
2) Ditulis sepuluh kebajikan.
3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.
4) Diangkat sepuluh darjat.
5) Memperolehi kesempurnaan iman.
6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.
10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.
11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
16) Terhindar dari kefakiran.
17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.
18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.
19) Terhindar dari orang-orang bakhil.
20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.
21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
22) Menjadi zakat dan pembersih diri.
23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.
28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.

[sunting]Gelaran orang yang tidak berselawat

i) Gelaran penghinaan.
Rujukan :
  • Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku. "
ii) Gelaran bakhil (kedekut)
Rujukan :
  • Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. 


*Sumber Dari:http://ms.wikipedia.org/wiki/Selawat

p/s: terima kasih di atas ilmu pengetahuan ini..mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi syafaat untuk kita semua..SALAM MAULIDUR RASUL 1434 HIJRAH..MARI BERSAMA-SAMA KITA BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMAMAD S.A.W..


Monday 21 January 2013

makcik-makcik

Assalamualaikum ....

ellooo,hari ni nak story about makcik-makcik..bile dah duduk berkumpul ramai-ramai tu,no wonder la memang like a makcik-makcik..dok gosippppp...wah,class kau...benda tu memang tak boleh nak dielak kan lah..kadang-kadang kucing dok lintas depan pun kena gosip jugak ...contohnye macam ni la kan....

makcik A: kucin sapa lah ni dok lalu lalang..
makcik B: kucing cik jijah jande la tu...
makcik C: kenape bulu dia tak cantikkkkkk........tuan dia tau melaram aje...!@@##$%%^

waaaaaa...tengok tu nak start gosip lah tu,padahal asalnye kucing je kan,dah terkait sampai Cik jijah janda pulak...dah tu mula lah bab cik jijah pun digosipkannye...aduhai, ini lah padahnye makcik-makcik dok sembang...senang-senang je dapat dosa kering free kan...cik jijah jugak yang dapat pahala percume...

fenomena ni memang dah lumrah kot,gosiippp like a makcik-makcik ni...dah biase sangat..sometime tu nak buat tak tau je..biaselah mulut orang kan,mane boleh kite nak tutup...tapi bile mulut-mulut tu dah terover ,tu yang ade orang dok lumur cili kat mulut tu...hehehe..belum lagi azab neraka...abis lecur,hancur mulut...time tu tak boleh nak return mase dah.. bak kate pepatah "terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya"...so untuk makcik-makcik sekalian behave ye...jadilah makcik-makcik yang sopan santun..berbudi pekerti..contoh kepade generasi akan datang ...wah dah macam penasihat kepada makcik-makcik je ni...:) tak de just nak mengingatkan je sesama manusia..tak salah kan..sape lagi nak ingatkan kalau bukan sesama kita...


tengok makcik ayam tu dah marah,dah macam pengawas skolah pulak...
okeyh,hati-hati yea...:)
xoxo


Sunday 20 January 2013

Kenapa tiap pertemuan pasti ada perpisahan? :(

Assalamualaikum ...

Baca kat title post tu pun dah ade bau-bau kesedihan kan..ermmm...:( sebab for this week,bende tu yang kak sha dan kawan-kawan ofis lalui..nak tak nak,kami semua kene redha dengan ape yang ditentukan..tak sangka tempoh persahabatan yang sangat singkat..tapi kami semue macam dah kenal bertahun-tahun lamenye..kadang-kadang terfikir jugak..baru je kenal tiga bulan,semue cerita bab family,bab pengalaman sebelum ni kirenye semue cerite la kami kongsi sama-sama..favorite group ni suke bergambar..suke jalan sana,jalan sini..tak sangka jugak lah banyak gambar yang kitorang ambik rupenye nak dijadikan kenangan..huhuhu....

In memories..time ni happy je..semua ade..sekarang tinggal kami berlima je...huhuhu sedihnye :(

Nazim ,Aizat ,Hamidah..dah tinggal kan kami ..Nazim n Aizat futher study...Midah pulak dapat better offer from govenment...lepas ni sape pulak nak ikut jejak langkah dorang..huhuhu sedih...:(


 teringat mase dok buat-buat lawak dulu..bile nak bergambar je,ade je aksi dorang ni....
(bukan gado betul-betul pun...berlakon je..konon aizat ngn haleem nak rebut midah...weee :) )
hurmmmm kenangan je lah sekarang

 Dorang ni kaki buli kat ofis....ade je nak kene kan orang...hurmmmmm  

 actually ni macam berlakon kan..tapi memang nak discuss pun ..aizat n mida in memory...

 time kami semue happy with encik latif..sporting jugak en latif ni...mesti time  ni tak terfikir pun yang kitorang akan terpisah satu ari nanti...en.latif pun dah tak ade kat bilik ni..dah tukar department...hurmm...:( 

ni lah kami dulu....sekarang tinggal berlima jelah
(fiqa,sha,nuyu,kak noni and haleem)
tapi ade Ani dan kadang-kadang abg faiz datang menjengguk kitorang kat kaunter
tak lupe jugak alias dan shahrul kawan-kawan dari unit ICT..

see..dorang ni pandai beraksi depan kamera..ade je yang dorang nak gaye kan...

Ape-ape pun ni semue tinggal kenangan..terime kasih Tuhan sebab temukan sahabat macam dorang ni,yang memang sangat memahami...susah senang kongsi same-same...berharap sangat walaupun kite terpisah jauh mane pun..jangan lupe contact-contact tau...nak kahwin ke ape ke..jangan lupe jemput okey..memang benar lah kate-kate itu.."setiap hadirnya pertemuan,pasti wujud sebuah perpisahan"....yang penting hidup mesti diteruskan....anyway gud luck semua...!!

Saturday 12 January 2013

Welcome to Bandar Bersejarah :)

Assalamualaikum :)

Actually kan peristiwa yang kak Sha nak share ni dah berlaku lebih kurang satu tahun yang lepas lah..baru tiba-tiba teringat nak cerita balik pasal vacation ni..puncanye dok belek-belek folder kat lappy ni pastu terjumpe la folder "trip to Melaka with myfren" (owhhh...kak sha cite lama baru nak updated ke...??) hehehe..dulukan akak tak aktif berblogger lagi..busy la katenye..sampai password account blog pun boleh tak hengat...teruk betul la ingatan akak ni kan...kahkahkah.

Al-kisah dari peristiwa yang diwar-warkan ni berlaku pada 2 & 3 julai 2011...macam dah basi je story akak ni...hehehe..takpelah! tak dulik  nak ceghita jugak :) kiranya ni first vacation lah kak Sha dan kawan-kawan dapat berjalan luar dari ibu kota...sebelum ni masing-masing merantau jauh-jauh sebab study kan,so bile dorang-dorang ni dah pulang ke kampung halaman,maka dapat lah kitorg semua pergi holiday sama-sama..memang dolu-dolu time sekolah dok berangan nak pi makan angin same-same...akhirnye tercapai jugak lah..even mase merancang kemain ramai yang nak ikot..ermmm alih-alih kami berenam ajel...kire ok lah tu...dari tak de kan???...:) perjalanan seawal pukul 9 pagi..(janji melayu..plan asal nak kumpul pukul 7.30pagi)...bergerak dengan dua buah keta... perodua myvi kepunyaan nabila dan proton saga kepunyaan eddy nazry..vroomm..vroomm...(la keta ka motor? awat vroomm..vroomm????)
picture from keta eddy and white myvi tu la keta nabila....see 9.47am kami baru nak masuk highway..ermm tengahari jugak lah nak sampai ke Melaka..
kat R&R Seremban..nabila yang snap picture ni..ok sebelum tu meh nak kenai kan depa..
laki baju kotak-kotak tu Zaid,yang baju hitam tu pulak Eddy
gugurl yang baju merah tu Jiha sebelah jiha ,Nadiah and yang tudung biru tu kak Sha :)


 Alhamdulillah 12.21pm sampai ke destinasi yang di tuju..Bandaraya Melaka..terharu kalo amoi2 and ahso2 tu tau aku dok bubuh gambaq depa masuk blog ...hahaha
 okeyh..ni jiha and nabila tengah2 bersiap-siap nak pi jalan ni...:)



 happy bebenau kawan-kawan akak ni bile dah sampai Melaka..senyum sampai ketelinga masing-masing..tapi gambaq ni cun r..maybe semua orang tgh senyum kot...hihihi
Time ni kami jalan kaki je nak ke Menara Taming Sari..tah ape la yang kak Sha dok pose lagu tuh..macam kanak-kanak rebina..hahahahahaha

jeng..jeng... kami sampai ke Menara taming sari...even aku dah naik banyak kali before ni..tapi bila dengan kawan-kawan rasa happy die lain sikit la sebab ade antara dorang ni yang gayat ..hehe macam-macam ekspresi muke dapat tengok...

jiha and nad..actually jiha agak ketakutan sikit..tapi caya lah boleh control tu..namapk stady je..hehehe

 nabila ,eddy and zaid..time ni baru nak masuk dalam menara taming sari tu..Apelah gambar yang zaid tu ambik..hahaha..



Next,we oulls pegi ke Muzium Maritim..Uniknye muzium ni berbentuk kapal..yelah dah name pun maritim kan..kat dalam muzium ni ade macam-macam sejarah..ade jugak artifak barang-arang dagangan zaman dulu-dulu..terkesima la juga bila masing-masing masuk dalam kapal ni..teringat  pulak subjek sejarah ,mase sekolah dulu..ok,kepada adik-adik mai la datang sini...banyak ilmu pegetahuan korang boleh dapat kat sini tau..tengok macam kakak2 and abang2 kat picture ni..ehehehehe:P

Apelah zaid dok kelentong budak-budak tu.. "wey dalam peti ni ade harta karun" hahaha..
tekun nadiah n wajihah bace explaination about kotak besi tuh..:)
Dah penat dok explore kat dalam kapal tu,kami pi menunaikan pekara yang wajib pulak..jalan-jalan jugak sembahyang tak boleh lupa naa...lepas solat singgah makan asam pedas pulak yea...al-maklumlah melake kan terkenal dengan ASAM PEDAS..tapi time makantu kitorang terlupe la nak ambik gambar..maybe lapar sangat kot sampai tak hengat nak bergambar dengan masakan asam pedas yang fofular kat Melaka tu...

Okeyh,kalau semue tengok kapal terbang ni..mesti semue tau nu kat mane kan? of course la kat Kota Afamosa..tempat zaman penjajahan dulu..macam-macam peristiwa berlaku kat sini.
Jom kita baca sikit apa sejarah silam penubuhan A Famosa

A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.



La awat ni Eddy..kusyuk betul tgk struktur kapal terbang tu... tau la budak engineering...
hahaha...

We oulls pun panjat le tangga nak ke puncak kota Afamosa tu..bukan ape just nak tengok pemandangan seluruh bandar Melaka je..nice view :) giler glamour kak sha pakai spec itam tu..hahaha

 Bersantai kat lereng-lereng bukit Afamosa..even time tu agak panas sikit la...:)
dalam hati..(makk oiii..banyak-banyak tempat kat lereng bukit ni jugak korang nak suh bergambar) 

dan yang ni tak tau sape yang edit picture ni..agak unik sikt..jelas gambaran building afamosa kat situ :)

Malam pulak kitorang naik cruise keliling selat melaka..best jugak la..cume xdapat ambik gambar sebab kehabisan bateri,kat kamera nad and zaid maybe ade picture tu..tu la akibatnye..dah tau nak berjalan boleh lupe nak charge bateri kamera kan..so kene terima la hakikat kamera tu dah abis bateri ..makcik sungguh kak sha ni..mudah lupe...excited nak berjalan la tuh......hahahaha

Next day nye kami pun berangkat la pulang dalam tengahari gitu balik kolumpur..awal sikit sebab depa-depa ni esok ade yang nak bekerja...so takut kepenatan..silap-silap ambik MC pulak nanti..kak sha memang dah apply cuti awal-awal pun..sebab takut penat kan....(sediakan payung sebelum ujan) bab ni memang superb la kak sha...hahahahah
muke kepenatan dan tak cukup tido tapi kene breakfast pulak kan..
walau mcm mane pun still smile jugak tuh...:)
okeyh..bye..bye..MELAKA 
satu percutian yang sangat singkat tapi memang happening..sebab we oulls ni semue sporting-sporting belako
for 2012 we oulls da rancang nak continue vacation kat negari lain pulak tu yang october lepas vacation kat Pahang and Terengganu..kami nak pusing-pusing satu Malaysia :)

ok guysss
welcome back  to K.LUMPUR :)
balik tu kami singgah jusco balakong cheras..celebrete dua orang besday boy tu..Zaid (2 july) and eddy (9july) jadi alang kepalang beli ar kek kan..actually dorang tu tak tau kitorang nak buat kezutan sebegitu rupe..payah wooo...hahaha anyway team gugurl berjaya membuat kezutan tu dengan lancarnye...weeee :)

p/s:
friendship for ever and keep in touch :)






Renung-renung kan..

Assalamualaikum ...

hello everybody..:) welcome to kak SHA`s blog..weeee i dah tukar title blog la..hehe...dahulunye diberi nama" hello miss farisha" kan, but now i dah tukar kepada farisha@ kak SHA`s blog...nak nampak lebih matang sikit lah sebab tu gelarkan diri kak Sha ..(aishhh macam dah terima hakikat je ni) huhuhu ceghite sebenarnya..sejak umur da jubli perak ni,lebih selesa bahasa kan diri ni akak...yelah,kalau kat office tu ade yang berusia bawah dari i kan...so,memang sepatutnye dipanggil kakak lah...:) tapi memang tak kesah pun..if ade yang lebih tua dari kite nak panggil i kakak pun its okey....tak marahh pun...(dalam hati menjerit-jerit dok habaq ..wey!!! ang ingat aku ni tua sangat ka dok panggil kakak2) hehehehehe....

okeyh-okeyh...hari ni nak kongsi sikit lah pasal satu topik ni...ni pun salah sorang best friend kak sha mintak pendapat lah..die tanya macam ni  "Salam sha, nak tanye..adakah wanita seorang yang hipokrit?" blurpppp...telan air liur jugak la akak bile ade kawan dok refer soalan macam tu kan....sebab....macam terkena kat batang hidung sendiri je ni..hehehe..tapi bile best friend akak explain, die kata just nak mintak pendapat  aje...secara personally nye akak tak lah hebat mane pun nak merungkai-rungkai pendapat ni,tapi kalau nak mintak-mintak pandangan ni,boleh bagi ape yang kita faham je lah kan...kalau ade salah silap harap diampunkan lah yea..hehehe :) 

berbalik pada soalan tadi "adakah wanita seorang hipokrit??" kak sha adelah search kat google ape sebenarnye istilah hipokrit ni..as usual,kite semue tau  

hipokrit bermaksud orang yang berpura-pura berperangai,
berkelakuan, bersifat baik walhal dirinya bukan sebegitu ..
kalau seseorang itu dia punyai banyak kelemahan, namun dia sentiasa berbuat baik sedayanya, berusaha berakhlak dengan akhlak yang mulia, berkelakuan baik dengan manusia dan sekelilingnya, namun dia tahu, dirinya yang sebenar bukan begitu, tetapi dia tetap mahu menjaga dirinya. Adakah dia seorang yang hipokrit?"

bagi kak sha la,tak baguih la dok habaq wanita ni hipokrit sebab kebanyakkan wanita ni die kalau tersinggung atau terluka die tak kan bagitau kat umum..lebih selesa untuk memendam..bkn maskud kak sha berdendam...memendam tu sama erti menyimpan...bagi wanita,biarlah die sorang sahaja yang merasakan kesakitan itu,dan die tak nak orang lain turut merasakan...for example,macam seorang ibu  yang menangis menahan kepayahan untuk membesarkan anak-anaknye..tapi di depan anak-anaknye die langsung tak tunjuk kepayahan yang die lalui..so,tak kan kat situasi ni kite nak kata aihhh mak die tu hipokrit depan anak nampak ceria je..tapi hakikatnye tengah sengsara..

See..sebenarnya hipokrit ni banyak scope..memanglah ade yang pura-pura baik gile-gile tapi hakikatnye tak pun...jahat bukan main...talam dua muka bagai..tu memang dipanggil seorang yang hipokrit la..depan kata lain,belakang cakap lain melaga-lagakan orang..tapi ape-ape pun, tu antara die dengan tuhan...dosa die tanggung sendiri,kite sebagai manusia biase ni yang tak lekang dengan kesilapan tak boleh lah nak hukum orang macam dok habaq " confirm2 la die akan masuk neraka"...kadang-kadang tuhan memang tengah duga die untuk berkelakuan macam tu,mana tau dengan sikap yang macam tu lambat laun dapat kembalikan die ke pangkal jalan ...(aiiseyy dah terover pulak aku ni..hehe) ni just my opinion je okey..jangan ade double meaning pulak...hah,tengok tu ade sifat syakwa sangka la pulak..tak baik tau kak sha oiiii.....bersangka baik ajelah pada sesama manusia ni...:)

jadi for my conclusion,tak boleh nak menuding jari kat seseorang tu ikut sesuka ati kau je ye..nilai dulu kenapa jadi macam tu..tak salah kan kite take time nak kaji sesuatu..lagi elok macam tu dari bertindak melulu mengeluarkan statemant sebegitu rupe...ye dok? if ade yang terfikir meaning lain kan buruk padahnye..dah semue lelaki akan berangapan" wanita seorang yang hipokrit" hellooo...ur mom also wanita kan? ur sister, ur lil sister,ur grandma,ur daughter and ur wife pon sepasti-pastinye wanita jugak kan..so,sebelum menaip tu fikir-fikir lah negative side nye...aii kak sha,dok marah kat sapa tuh??? hahaha emo pulak tuh...tak de lah as a women tak salah beri pendapat uolls...ok lah pape pun fikirlah dulu sebelum bertindak...


p/s:
 "dalam kehidupan orang beriman, tiada istilah hipokrit, yang ada hanyalah mujahadah. Dia bukan berlagak baik, tetapi dia berusaha melakukan kebaikan demi perubahan diri, tarbiyah dzatiyah.." 
(hurmm...harap2,diberi kehidupan sebagai orang yang beriman..Aminn~)

Sunday 6 January 2013

Instagram~

Salam and happy holiday!!....

yes,yaaahhhooo! holiday....setelah beberapa minggu direct bekerja je kan..finally, hari ni baru lah dapat berehat-rehat sikit ...mood? semestinye lah..i`m happy!!! :)

Udah..udah le tu jom kite berbalik pada cerita asal ...hari  ni nak share sikit topik tentang  Instagram..huhuhu ape eh instagram ?..mula-mula dulu kan dok dengaq cita orang pung pang2 cakap pasal instagram..pegi mane-mane je..orang akan cakap  "ko ade instagram tak?".."username instagram ape ek?"..."nak # tag kat instagram la"..."nak download picture kat instagram la"..and bla..bla..bla...aku pulak dok fikir instagram ni ala-ala facebook ke???? confiusss..punye la tak updated langsung pasal teknologi2 ni...haish! lepas tu bile login facebook nampak kat wall kawan2 upload gambar via instagram..eh ape pulak related facebook and instagram?...aduhai lagi bertambah la keconfiusan aku kan..dah la buta IT tahap kritikal..hahaha...and lastly aku pun search la kat google...ape kebenda la instagram ni...dan aku terjumpe one of blogger ni explain pasal instagram..owhhhhhh..... bile dah baca,baru lah ceq paham..


Jom kite kasi bold sikit,just tambah ilmu pengetahuan..ni pun aku copy from linkbloggerpemula.blogspot.com


"Instagram adalah sebuah aplikasi gratis dari iTunes yang fungsi utamanya sebagai tempat untuk mengupload foto-foto. Aplikasi ini dapat digunakan melalui alat gadget seperti iPhone, ataupun iPod yang memiliki versi iOS 3.1.2.Instagram dikembangkan oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger yang tergabung dalam perusahaan yang telah mereka kembangkan sendiri yaitu, Burbn, Inc.Kegunaan Instagram tidak hanya untuk berbagi foto saja, melainkan juga untuk menyunting foto-foto yang memiliki 16 efek yang dapat digunakan untuk menyunting foto. Dengan aplikasi Instagram, foto-foto Anda dapat diunggah melalui jejaring sosial seperti facebook, twitter, foursquare, flickr, dan juga posterous.
Pada tanggal 9 April 2012, diumumkan bahwa Instagram akan diambil alih oleh Facebook senilai hampir $1 miliar dalam bentuk tunai dan saham."


(thank you so much http://linkbloggerpemula.blogspot.com for your information) ;)

Then,sekarang ni baru lah aku faham ape yang dimaksudkan dengan Instagram ni...hehehe...tertinggal train sikit aku ni..lambat menerokai dunia2 cyber ni...kuang3..and now,i have instagram account okeyh....:) hahaha...apetah aku ni kan...

Okeyh la...ni picture2 yang aku upload kat Instagram account aku...username nye farysha88 ye...tapi tak semua la..karang tak terlarat pulak blog ni nak upload kan...

 time ni konvoi raya dengan x-classmate 2012


 okeyh..information pasal bantuan rakyat 1 Malaysia

 yummy..yummy...baskin robins time...

 my officemate...

 alhamdulillah,kenyang....
not bad la nasi lemak uncle tu...tapi nak tau berape hargenye RM7.50....huhu

 owhhh...sunyi sepi rumah kalo tak de budak ni....sape lagi my lovely kak cikkk...:)

 Inilah realiti di alam pekerjaan ye..time nak balik tulah ,hujan akan lebat...ape lagi skodeng ujan jela kat tingkap opis kitorg ni..haha

 apam pokodot made from kak ida...


 all pinky!..with my cousin,Aifa and my lil sis,Nina...

 oppss???....cantek la baju ni...macam berkenan je...hahaha


okeyh..yang ni...asyraf iman..anak buah yang palinggggggg buehhhhh...hahaha tapi paling2 manja tau..
auntie cayanggg iman..muahhhhhh


p/s: my real life...
tak pandai nak snap picture pun...:(

miss f