Tuesday 16 July 2013

Doa Dhuha

Assalamualaikum semua..Salam Ramadhan...:)

Sedar tak sedar dah masuk tujuh ramadhan kan...hehehe dah seminggu rupanya...so means ramadhan ada lagi 23 hari lagi....so jom sama-sama kita kejar pahala di bulan ramadhan ni...

For this year berpuasa kat tempat kerja baru...so far Alhamdulillah,sepanjang berpuasa kat situ..kerja tak terlalu pack..sometimes bila kerja dah disiapkan awal pagi,petangnya dah boleh rehat...jadi nak solat zuhur dan nak baca Al-quran pun sempat..tak terkejar-kejar sangat...dan waktu punch out dari office 4.30pm...ok lah kan..lagi pun rumah dekat je..balik rumah,boleh tolong ibu and kak farah masak dan prepare juadah untuk berbuka puasa...

Apa-apa pun thank you Allah...:) Syukur,Alhamdulillah...

kali ni nak share Doa Dhuha..suka dengar zikir dhuha yang kumpulan unic nyanyi kan tu..senang dah nak hafal doa ni....Ok mean Dhuha ialah "pagi"...jadi ruang waktu untuk menunaikan solat sunat Dhuha ni bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari dan waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat-solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Solat Dhuha  ni adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.Allahu Akbar besar sungguh manfaat Solat Dhuha ni...jadi yok kawan-kawan semua,jom kita amalkan...:)

Doa Dhuha ni dibaca ketika selepas menunaikan solat sunat Dhuha .. :)

Ini pula link from youtube 
zikir dhuha from kumpulan Unic




#renung-renungkan dan selamat beramal ;)

*tq bagi pemilik-pemilik blog yang ada share info tentang solat Dhuha ni...sedikit sebanyak dapat tambah ilmu pengetahuan kak shasha untuk update entri Solat Dhuna ni... thank you so much...sayang kalian...

Tuesday 9 July 2013

Al-fatihah buat arwah abah

Assalamualaikum dan salam ramadhan semua :)

Alhamdulillah,syukur pada Allah s.w.t bertemu lagi di bulan yang penuh berkat ni,iaitu bulan Ramadhan di mana pada bulan ni pintu Syurga dibuka luas dan pintu neraka ditutup rapat.Pada bulan ni lah kita perlu berbanyakkan beribadat :) Moga-moga kita manfaatkan bulan yang mulia ni..jangan sia-sia kan tau..

Okey,berbalik pada tajuk kat atas tu...dah lima tahun rupanya kitorang sekeluarga sambutan ramadhan tanpa insan tersayang iaitu arwah abah..bila teringat balik lima tahun lepas,last sambut ramadhan dengan abah,abah lah orang yang paling sibuk plan menu berbuka puasa..lepas tu dia akan ke pasar dengan ibu cari bahan yang dimasak..abah hebat buat dessert...hari-hari bertukar menu..macam-macam bubur kitorang rasa..dan favourite kak shasha of couse lah bubur jagung dan bubur cacar...meriah bubur tu kalau abah masak macam-macam dia letak..ada keladi,ada keledek..macam-macam lah..ibu memang bab masak-memasak lauk memang superb..so abah memang part dia hanya buat dessert je lah..tak pun bab kuih-kuih melayu,memang ada je idea abah..dan sekarang hanya tinggal kenangan..lepas abah pergi buat selama-lamanya pada tahun 2008,kami lah adik-beradik kena belajar buat bubur sendiri,buat kuih-muih sendiri...walaupun dah lima tahun berlalu,masih segar lagi kat ingatan dan selama-lamanya tak kan hilang kenangan yang cukup istimewa bersama arwah abah...

Ahad lepas,kitorang adik beradik datang menziarah pusara arwah abah,membersihkan pusara abah,siap taman pokok bunga baru lagi..abah memang pencinta bunga-bugaan,tak lekang dengan pokok orkid kesayangan..ibu dengan abah memang pencinta orkid :)...






                                                           
pengubat rindu dari kami untuk abah ....sekalung Al-fatihah kami sedekahkan kepada arwah abah..semoga abah tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh....Amin~

Al-fatihah...
Kamsudin Bin Kasan
15.08.1955-24.12.2008

Monday 8 July 2013

Tips hilangkan rasa sedih

Assalamualaikum semua :)

Sebulah terhenti menaip akibat ketidakstabilan komputer riba yang kini berusia hampir 3 tahun...berhabuk,
berdebu dah blog ni..kosong je..tiada pengisian apa-apa pun..(bak kata sesetengah orang "nothing special") huhu...okeyh...takpe biarlah apa pun orang nak kata...kali ni kak shasha`s nak share juga macam mana nak hilangkan dan melupakan sesuatu kenangan yang sedih-sedih ni...kira macam tips untuk terapi diri...ni pun  kak shasha`s search kat google..saja untuk bagi tips kat semua yang membaca dan juga untuk diri sendiri..ternyata tips-tips ni teramat lah membantu..its ok "pengalaman memdewasakan diri kak shasha`s"...

ok,jom kita sama-sama terapi diri eh....ikuti langkah-langkah pengubat sedih di bawah.... :)

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit. 
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena ‘cut connection feeling’ kita dengan emosi yang lalu. 
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. 
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan ‘step by step’dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri. 
2. Buang Sikap Risau. 
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal
3. Belajar Rajin Bersyukur. 
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda.
Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf. 
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda. 
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun..
Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda. 
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa. 
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik.
Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa?
6. Ubah Fikiran 
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia.
Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. 
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan. 
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum ‘Law Of Attraction’
7. Hati Mesti ‘Keras’. 
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. 
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. 
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. 
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda. 
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya. 
8. Jangan lupa ALLAH. 
Ini yang paling penting, perbanyakkan membaca qur’an dan sentiasa memikirkan sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.
Antara banyak-banyak tips..kak shasha`s suka yang no 8 tu...actually pada Allah s.w.t lah yang boleh membantu kita melupakan perkara2 yang sedih tu...So,moral of story JANGAN SESEKALI KITA LUPAKAN ALLAH S.W.T....k Wassalam....


opps,lupa nak ucapkan SALAM RAMADHAN SEMUA..... :)