Wednesday 13 July 2016

cerita lama kita

aku tak pernah salahkan dia..dan tak pernah salah sesiapa..apa yang jadi bersebab..apa yang berlaku penuh hikmah..sekarang aku kena lalui tanpa cerita lama..sakit ..perit..hanya orang mampu sahaja dapat rasa kesakitan ni..sakit yang tak nampak luka nya..nak sapu ubat pun tak tahu kat mana..

pernah tak dengar lagu kenangan kau dan dia..pernah kau tau lagu faberet dia..pernah tau kau tau apa yang diminat..pernah tak kau tau apa yang dia suka..pernah tak kau tau apa yang dia tak suka..bila kau dan dia dah tak apa-apa,kau kena hapus semua cerita dia dalam kepala fikiran kau!Allah!!!! tak termampu aku..air mata jadi teman..hari-hari deras je air mata ni..lagi-lagi hati kau rindu..

tiap saat kau cuba hapuskan kenangan..dalam doa kau, tiap sujud kau minta Allah swt ambil segala kenangan kau dan manusia itu..bagi kau kalau ia nya sia-sia ambil lah..hapuskan duka air mata..hari-hari kau minta dekat Allah swt..aku yakin satu hari nanti Allah swt akan makbulkan doa kan..yakin tau!pujuk hati kau..slow-slow..memang take time kan..tak pe Allah swt kan ada..

cerita lama aku dulu pun tak terubat sebenarnya..tapi hadirnya dia boleh padamkan kedukaan yang lama dulu..totally clear! aku boleh lupakan..aku yakin dengan semangat yang dia bagi untuk aku hapuskan cerita lama aku dulu...sekarang aku lalui semula..sejarah hitam kini kembali!cuma kali ni aku rasa sangat-sangat hilang..walaupun perkenalan tak selama yang dulu..

kau pernah tak baca conversation wasap atau message kau dengan dia dalam hp kau..mesti kau rindu kan..macam aku sekaranglah..seriously aku nak macam dulu..boleh tak agaknya?pagi kau tengahari kau petang kau dan malam kau..mesti ade text..sakit kau,susah kau..senang kau..happy kau..dia ade ade untuk kau..dia dengar keluhan kau..tenangkan kau..dalam masa yang sama kau boleh imagine tak mungkin dia pun tengah care someone juga macam mana dia care kan kau..owhh aku tak kate dia curang..aku pun tak tahu actually..aku andaikan je..

sekarang ni..dia dah tak perdulikan kau disebabkan sesuatu kejadian..mungkin bukan salah sesiapa..takdir!
puas kau pujuk,puas kau rayu..tak diendah satu pun..berkali kau minta maaf,ye dah dimaafkan..tapi tak tahu sejauh mana kemaafan tu..entah silap yang mana..aku..ke dia? sebab tu aku kate tak ade salah sesiapa..

aku selalu tertanya,apa yang dia sembunyi kan..sampai sekarang tak ada jawapan..ok,mungkin hati dia masih tertaut pada cerita lama dia juga..macam aku betahun dengan cerita lama, baru aku jumpa dia,macam dia baru berbulan dengan kisah lama dia,dan aku ditakdirkan untuk bertemu dgn dia..ye,faham sayang tak boleh dipaksa..kau masih sayangkan yang dulu kan??? tak pe,aku faham sangat..aku faham..aku mengalah untuk kebahagiaan orang yanga aku sayang..itu hak kau...biar aku bawa diri..tak pe,aku rawat aku pujuk hati aku sendiri..Allah swt kan ada dengan aku..kau tak payah risau tau..air mata aku,aku boleh lap kan sendiri..tak pe...

tak saling bertegur,aku harap saling mendoakan..moga kau sihat..moga kau tabah..moga kau kuat..moga kau tak lupa tuhan..moga kau dikurniakan kebaikan..
Al-fatihah untuk hubungan kita
Al-fatihah untuk hati kta
Al-fatihah untuk rindu kita
Al-fatihah untuk kenangan kita

thank you yang mulanya dulu saya pernah panggil "awak" :)


Tuesday 12 July 2016

Doa dalam rindu

Assalamualaikum ..

lama sangat aku diam..hilang dalam dunia blog ni..dekat setahun lebih..hari ni menapak balik carik blog ni..aku tukar semua..

orang sekarang dah jarang nak berblog..tapi dari zaman aku study ni lah salah satu cara aku share dengan dunia luar..tu dulu lah masa umur belasan tahun..dan sekarang lagi 2 tahun,nak 3 series dah pun..cepatkan masa tu berlalu..

aku teringin nak macam dulu..tapi yang lepas biar lepas sha..tak boleh nak repeat balik!

anyway thank you so much ,mereka-mereka yang pernah hadir dalam hidup aku..ye hidup aku..semua bersebabkan..dipertemukan..dipisahkan..ditakdirkan..direputkan..dan seangkatan dengan nya..

aku belajar semua dari mereka yang pernah datang dalam hidup aku ni..seriously,jujurnya banyak yang baik dari yang buruk..tapi aku faham takdir..tak boleh nak paksa sesiapa untuk stay dalam hidup kita..

susah..aku akui..memang susah..nak bangun balik..lagi-lagi bila kita sorang jauh dari keluarga..tapi bak kata ibu "ingat lepas harung benda susah,mesti Allah swt nak bagi benda yang senang untuk kita" aku hadam kata-kata ibu..sebab aku tau ibu je yang faham aku sekarang macam mana..

korang pernah tak rasa nak jamah makanan yang memang faberet korang,tapi korang paksa untuk makan juga..untuk hidup tak perlu nak zalim dengan diri sendiri..ye,aku tak lalu makan bila kenang rasa tu..sampai sekarang..aku hilang dekat 20kg..fuh! aku memang obses nak kurus..pernah doa nak kurus even apa jadi sekali pun,tak kisahlah sakit ke,derita ke..sebab aku nak kurus!..ending nye memang makbulkan doa aku..tapi ini lah yang aku perlu harung..tulaaaa..orang tua-tua byk kali pesan "nak doa tu biar yang baik-baik je,jgn minta yang bukan-bukan"aku degilkan..

pernah aku giveup,aku cakap tak ada keadilan dalam hidup aku..tapi kau tau tak dosa cakap mcm tu sha oi,byk dah kebaikkan dianugerahkan..sekurangnya kau hidup selesa..kau bebas nak ke mana-mana..kau boleh capai apa yang kau impikan..adilkan? ramai lagi manusia nak hidup macam kau..patut bersyukur!

pernah tak korang rasa sesuatu yang korang sayang,korang kena lepaskan..sebab terlalu sayang.. T-T
aku tak pernah cakap aku baik,aku ni sempurna..tapi bagi aku biar Allah swt yang aturkan sebab perancangan Dia paling hebat..

sayang! sebab melebihi sayang aku pada pencipta,sebab tu Dia tarik balik nikmat tu..nak sayang biar berpada..ye,aku kalau dah sayang memang aku hargai sangat-sangat..aku jaga betul-betul..aku susah tau nak reserve kan sayang tu..tapi bila aku dah mula terima,ni lah yang aku kena hadap..aku tak pernah paksa orang terima aku..dan aku pun tak nak orang terima aku dalam keadaan terpaksa! dunia tak kejam,yang kejam manusia..kan?

karma? percaya ke pada karma? entahlah bagi aku..apa yang kita buat,kita akan dapat balik..
cerita lama aku...datang dan pergi memang adat..aku pernah ditinggalkan,dan aku juga pernah meninggalkan..aku tak minta semua tu..harap tak ada dendam dalam diam!

banyak kebaikkan aku lalui dengan pengalaman tu,paling aku hargai ketika ini..dalam masa setahun ni paling banyak aku belajar,tentang hidup,tentang perasaan,tentang pengorbanan,tentang hargai..banyak ajar aku erti sebenar rasa..yang takut jadi berani,yang susah jadi senang,yang tak yakin jadi penuh keyakinan..ye,aku mengaku aku berubah.Terima kasih sebab bantu aku,semua atas izin Allah swt,Dia yang aturkan pertemuan tu,sekarang Dia ambil pertemuan tu semula..mungkin bukan takdir untuk terus melangkah..orang lain yang mungkin menanti..mungkin lebih baik dari aku..tipulah kalau tak rindu kenangan dulu..tipulah kalau tak rindu cerita dulu..sebab kau sayangkan..walaupun kau menidakkan pun ada juga rasa tu..tak banyak pun sikit jugalah rasa RINDU tu pasti wujud!
mulut mungkin boleh menipu,tapi hati tak..air mata pun tak boleh nak tipu..akan mengalir sendiri bila terlalu rindu...sorry teremosi lebih..huh!! sakit yang tak nampak kan?tapi ada ubatnya...

ubatnya.. untuk rindu adalah melalui doa..tak pe,untuk kebahagian orang lain tak salah kita doakan..tak pe mengalah demi kebahagian orang lain..ibu cakap" normal lah rindu tu,semua orang akan rasa tapi jangan lupa berdoa bila rasa rindu tu datang,lebihkan rindu pada Allah swt,insyAllah terubatlah segala rindu tu"
Al-fatihah

ok,fine! pujuk hati terima takdir..mungkin terpisah sekarang,satu masa nanti mungkin berjumpa balik! pujuk ati yer..sesuatu yang terbaik bakal menanti..percayalah..aturan Allah swt tak pernah silap...

"Kadang-kadang kita lepaskan seseorang itu pergi bukan sebab tak sayang, 
tapi sebab kita terpaksa buat pilihan - antara dia dan Allah.
Mungkin nanti dia akan lebih bahagia dengan orang lain. 
Mungkin nanti kita juga akan lebih bahagia dengan orang lain. 
Atau mungkin Allah akan aturkan
 kita dan dia bertemu lagi, bernikah, dan seterusnya terus bercinta menuju redhaNya.
Mungkin juga pertemuan semula itu tak berlaku di Dunia, tapi nanti, di JannahNya.
Yakin pada Allah. Dialah sebaik-baik perancan"






Monday 16 February 2015

Tentang AKU

Assalamualaikum

Hari ni tiba-tiba mood  nak metaip..nak taip macam-macam..nak cerita itu..cerita ini..tak kesahlah cerita apa yang penting ni blog kepunyaan aku kan..huhu orang tak boleh nak mempertikaikan..aku memang nak bercerita kat blog ni ikut mood..kalau tak menyempat ke apa,memang tak de langsunglah menjengguk kat blog ni..blog aku ni pun baru berumur dua tahun setengah..ikutkan ada satu blog tahun 2009 tapi malangnya hubungan aku dengan blog tu tak panjang..aku lupa segala password..apalah.. faktor umur maybe..huhu kalau tak aku ada dah blog yang berusia lima ke enam tahun..tapi tak guna jugak ada blog bertahun-tahun tapi aku tak update apa-apa..bila start  kerja tu ...memang serius aku malas nak on lappy..kalau nak online ke apa kat handfon je..so memang tak berusiklah blog ni..kat handfon kecik tak de feel nak taip panjang-panjang...huhu kadang bila aku rasa nak mengadu atau nak share-share apa yang aku hadapi ..baru aku teringat kat blog aku ni..hurmm manusia kan..biasalah dah susah baru nak cari kawan..hah,ok SAHABAT tu perlu ada ke? macam mana nak declare orang tu sahabat kita?..sahabat dengan kawan sama tak?entah! sejak dua menjak ni aku mula terfikir..sebab aku rasa orang dok cakap kau lah sahabat aku..kau lah itu..kau lah ini..blablabla..macam tak de meaning pun..sometime yang aku pelik tu belakang sahabat dia tu kemain kau kutuk bukan main...pelik jugak lah kan..tu ke dipanggil sahabat dunia akhirat??

Ok,kalau aku lah kan..tak tau lah kawan-kawan aku nilai aku macam mana kan..tapi apa yang aku perasan..aku ni jenis suka sangat jaga hati kawan aku..kalau boleh aku tak nak dorang ni terasa ke apakan..contoh eh,kalau  yang A sorang ni terlepas cakap ke dekat yang B..aku cepat-cepat cover untuk A..aku akan kata yang A tu bergurau ke apa ke..sedangkan yang A tak perasan pun yang dia salah cakap ke apa..ok tu bab yang jaga hati..bab jadi orang tengah atau perantaraan..dengar macam aku ni busy body sesangat je kan..tapi tah lah..bila jadi orang tengah ni sangat tersepit,sempit,semput..semua adalah..serius aku cakap..nak ke kiri kawan..nak ke kanan pun kawan..serba tak mampu aku..paling-paling aku fikir-fikir..terbawak-bawak ke sana sini..siksa sebenarnya..tapi demi korang kawan aku kan..redah jelah..
bab nak menyatukan bila ada yang masam muka ke kan..yang salah faham ke kan..aku lah master mind..tapi ada masanya disalahertikan..hurmmm nasib kaulah chacha..:(
dan..persoalannya adakah kawan-kawan aku fikirkan hati dan perasaan aku? adakah kawan-kawan aku sudi jadi orang tengah untuk keputusan aku..adakah kawan-kawan aku tahu bila aku tersalah faham ke..termasam muka ke..ada tak agak-agaknya???...kadang aku pujuk hati aku sendiri..aku ni jenis kalau terasa ke..marah ke..sedih ke..aku tido mlm tu dok nangis ke kan,kadang dok fikir mana silap kenang pulak time tengah happy sama-sama..gelak sampai sakit pipi kan..huhu..pagi esok yang bab aku tertouching2 tu automatik hilang..huh,senangkan aku nak lupus akan benda-benda yang negative..tak taulah itu memang aku kot..

tapi....entah kali ni ada bab yang aku sentap sikit..aku dah pujuk hati aku..tapi tak berjaya jugak..sebab aku rasa mungkin dah keterlaluan...sekarang aku terfikir mana nilai sahabat yang sebenar??...ye,memang tak semua senang melihat orang lain terlalu senang..

oklah..kali ni post tak de gambar sekadar hiasan ye..sebab aku malas pulak nak search kat google malam ni..terasa mengantuk dan aku harap pagi esok bangun tidur aku nutreal balik..tak pelah biar aku diduga dengan cara bersahabat macam ni...mungkin Allah swt nak hadirkan sahabat yang jauh lebih baik dari itu..

sekian~ ini aku

buat sahabat aku thank a lot..korag tetap sahabat aku sampai bila-bila..





Sunday 21 December 2014

macam chipsmore

Assalamualaikum

kejap ada,kejap tak de..tulah fenomena yang terjadi kat blog aku ni..kemain lama menghilang bawak diri la konon..ceh,hingat ada orang nak carik ke? nak datang pujuk ke..huhu last update jun..la ni dah disember..6 bulan kakcha bawak diri ni..hahahah..kekangan masa..sibuk dengan macam-macam..cari sesuap nasi..tapi tak de maknanye lah kan sesuap pe nye..ni dah bersuap-suap ni..hehehe.."nak kurus..tak nak gemokkk" >_< dari tahun lepas dok azam benda yang sama..ni dah nak menjengah tahun 2015, same je rupenye...lagi satu...bab usia pon ofkos lah ber plus..plus..plus tahun depan kan...hahaha bila nak kawen tah..heeeee..."meh sape nak kawen dengan kakcha pls isi borang cecepat" kahkahkah..gurau je tuh..actually kan..aku dah penatlah..kejar-kejar..lari-lari..biaq aku rest sat..Allah swt kan ada..biar takdir menentu segalanya..perghhhh  ayat sentimental pulak..!!!

Cakap pasal tahun depan kan..macam-macam yang  aku plan kan..nak buat tu..bak buat ni..hopefully tercapailah kan..bak kata orang dedulu "jangan pandai morancang  jo chacha oii,kena bertungkuih lumuih" haa..ambik kau loghat minang den dah keluar..loghat jawa jap lagi eh..riak uolls kacuk konon..hahahaha 


oklah..jom tengok picture yang kakcha nak share ni..happy wedding day eddy & ana...bagai pinang dibelah dua uolls..cantik ana makeup...weeeee :)


tak cukup korum ni..sorang geng bff tak de..azmin yang bz bekoje katanya..nasib sempat jadi pengapit..


heee..ni lah gugurls yang still single but available ke tidak tanya tuan punya badan...hehehehehe p/s: abaikan ayat-ayat yang kami pegang tu keh...huhuhuhu

 weolls yang over bergambar kan..pengantin shoot dengan photographer..weolls syok sendiri dengan monopod jelah..hahahahah cantik la kat astaka morroco ni..fefelling macam kat morroco uolls..


see..kan aku dah cakap weolls kaki selpieee...hahahah..abis ko zaid kene buli dengan kitorang..dah ko je lelaki yang ade..kene follow jelah kan ape kitorang nak buat..hihihi...

ceh..ceh  konon selpie lain dari yang lain..hahahaha..ok,nak noted kat sini weolls best friend forever je okey..kawan dari sekolah..sama-sama giler je..kepala memasing sama..akal pon sama..perangai pon same..tu je ehhh..dah macam adik beradik..tapi lain mak bapak..hahaha cubit peha kanan..duku lali kiri terasa tau...hahahahaha....next turn sape pulak yang nak kawen tu..tungguuuuuuu nanti iolls update kat blog ye..hehehehe....









Monday 2 June 2014

pre-Event

Assalamualaikum wbt..dan selamat malam..

Pejam celik kita dah berada pertengahan tahun 2014 kan..kejap je masa tu...dan tak  lama lagi kita nak sambut bulan ramadhan pula kan..means lepas ramadhan,syawal..yahooo raya..raya..raya.. :) even dah besar panjang pun..still rasa seronok bila nak raya..sebab apa?..ofkos le dapat buat gathering dengan family,kawan ..yang paling bestnya juadah hari raya tulah yang the best ever...betul tak?..cerita bab raya ni..sampai esok pun tak habis.. 

ok,sebenarnya for next year ada big event yang kak sha nk buat ni..hihihi big event? jeng..jeng..jeng..event apa tu..rahsia lah kan..nanti dah nak dekat date nya tu..kak sha bagitau ye..sekarang ni dah mula lah search location nak buat event tu..dan benda yang bersangkut paut semestilah budget..hohoho..pening dok fikir...relex farisha kamu tak sendirian nak fikir benda-benda tu.. :) lagi pun ni buka first time kan..cuma event kali ni perlu komitmen sikit lah..sebab dia formal.. kalau ikut experience dulu-dulu lah kan..pernah lah buat event family day ..tapi konse time tu lebih kepada santai..lepas tu..tahun 2006 tak silap arrange kan reunion sekolah kat hotel metro inn kajang..tapi time tu budak-budak lagi..mana yang dan jelah ..event yang bakal langsung ni..agak suprise sikit..so preparation awal tu wajib ..hehe 

antara tempat yang kak sha baru sempat select ..

-Equatorial Resort Bangi
-Hilton Hotel Petaling Jaya
-Flamingo Hotel Ampang

itu kalau konsep yang memerlukan hall..lagi pun jemputan event ni tak ramai..hanya beberapa orang sahaja..tapi still lagi mencari hotel atau resort yang harga berpatutan..

ok kalau konsep garden 

-sangkot hulu langat
-laman nur kasih hulu langat..

tapi semua ni base on budget..takut tak seimbag budget dengan event..

cakap pasal sangkot..meh kak sha nak share sikit..sangkot ni macam satu tempat for macam-macam event..wedding,family day atau reunion ke hape lah..tapi sangkot ni pupular dengan garden wedding lah..sangkot ni kat area dusun tua hulu langat..nak senang cari tempat ni..bbetul-betul depan ikbn hulu langat..tapi tempat ni bukan untuk wedding je tau..huhuhu faham tak agak-agaknya maksud tersirat tu.... :P oklah lupakan bab tu...

kat bawah ni kak sha share picture tempat sangkot tu..dia sekarang ada dua tempat satu villa satu garden..tapi dua-dua kat hulu langat.






hehehe just share je..tak ada ambik apa-apa komisen pon ye korang...hihihi harap maklum :)

* nak tengok lebih lagi gambar bole search kat google taip sangkot je ok..daaa

Tuesday 6 May 2014

im back! ;)

Assalamualaikum uolls..hopefully semua sihatlah hendaknya..apa dah jadi dengan blog kak sha?? hehe entah lah uolls..nak explain macam mana pun tak tau lah..sibuk dengan tanggungjawab yang digalas setiap hari..kadang tu memang ada niat nak updated macam2 kat sini..tapi tak menyempat langsung..jadi for today disebabkan mc 2hari yang diberi oleh doktor smlm,kak sha bolehlah jenguk2 apa yang patut..bosan juga kan kalau dah hari2 ada je kejenye..bila suruh relex duduk kat dalam rumah..dah mcm cacing kerawit..

opps lupe..nak share..memandangkan cuaca skrg ni sat panas..sat hujan..better korang semua minum air masak banyak2 ye..jangan jadi macam kite ni ha..masuk ni dah berapa kali demam..tah berapa puluh mc kalo boleh dikira dari awal tahun hari tu..kali ni lagi laa..demam sebab infection kat saluran pernafasan..mean virus kot..tah le..kak sha bukan mahir sangat bab2 ni..kalau suruh kaji aggrement jual beli tanah boleh la kan.. ;)

tapi..conclusion nye jaga lah kesihatan ye..cepat-cepat makan ubat..kalau tak ok juga..jangan segan silu nak pi jumpa doktor..ok..apa-apa pun tiap penyaki mesti ada ubatnya..semua atas izin Allah swt...dugaan dariNya terkadang membuatkan kita lebih memdekatkan diri kepada Allah swt..mungkin ada hikmah disebalik kejadian..

tq Allah swt ;)


Friday 21 February 2014

Jalan sana sini..yahoo holiday :)

Assalamualaikum..

Yuhuuu..lama betul iolls menyepikan diri..menyibukkan diri dengan tanggungjawab sebagai seorang insan biasa yang asyik bekerja..kerja..dan kerja...biasalah uolls awal tahunkan memang gemar bekerja keras..semangat tahun baru kan...haaaaaaaa...ok lah nak cerita ni,disebabkan bekerja keras selama sebulan tanpa mengambil cuti dan sanggup meng"cancel" kan cuti...jadi time cuti raya cina tu,plan lah dengan mybff nak ke cameron highland even kami semua tau yang akan berlaku kesesakan jalanraya(wah skemanya kita malam ni) ..tapi nak buat lagu mana dah ter "booking"date time tu..nak tak nak pegi juga lah..yelah dari burn duit deposit hotel  kitorg..better akur jelah kan..dan disebabkan jalan nak naik dan turun cameron tu jem yang terlalu melampau..tak pasal-pasal holiday jadi 3hari 2 malam...mana taknya bertolak dari rumah masing-masing pukul 6.30pagi..bajet sampai kat cameron pukul 11 pagi ke..rupanya 3.30pm baru sampai hotel..bayangkan dari simpang pulai nak ke brinchang dari 10am-3.30pm..huh! jenuh duduk dalam keta..sampai aku rase nak je jalan kaki..silap2 aku sampai dulu tau..hiiiiiiiiiii

Finally bila dah berjam lamanya kat dalan kereta..sampai juga tempat yang nak dituju..even dah terlari tentatif..tapi tak pelah..cuti panjang lagi..(Cis belagak!!! hahahaha)
time ni cuaca memang sejuk..berapa belas celcius tah..sampai cakap pun keluar asap..sejuk..pakai berlapis-lapis baju pun sejuk juga..tu masa malam lah..siangnya suhu sejuk jugak..tapi agak terik cahaya..tapi tak panas..huhuhu..(so tak yah le nak keluar negara ke hape dalam m`sia pun sejuk kot) :)

ni jelah muka-muka yang tiap kali bila pi bercuti ke..memang ni jelah yang join nye..hahaha..dari sekolah sampai la ni..picture yang masing2 bederet macam kat hentian bas tu.. kitorang kat taman caktus.. :) dan picture yang kat atas ni..style ala-ala jalan2 cari makan la konon..hahahahaha...tu kat ladang Boh..biasalah nak petik tea punya pasal kan...relief pekerja ladang2 kat situ..hehehehe

ok,mesti fikiran rakyat msia kalau pi cameron just pi shopping strawberi..sayur-sayur segar..dan beli bunga-bunga yang memang cantik uolls..subahanallah serius aku pun tak mau balik bila tengok bunga2 tu,segarnye...tapi unplanned activity..kitorang daki gunung brinchang..ketinggian 2000meter..aku pun tak sangka boleh berada setinggi tu..
 ni tempat nak naik ke puncak brinchang..Mossy Forest

tinggi kau..gayat..sejuk..semua ada..tapi very nice view!

muka kitorang yang terpenat memanjant anak tangga.
.

ok,posing mem"posing" tu perlu ada ok!even penat ke hape..tetap nak pose...hahahahaha


 frame strawberi...hahaha..macam kanak-kanak rebina...


 hahahahahah...gambar tak ikot date sorry....main bubuh je ni...ni time kami relief pekerja tea....plucking tea :)

 tah ape lah yang baju biru tu buat...sibuk nau dengan tea ..


actually nak celebrate sekali besday nadiah..kebetulan besday nad seminggu yang lepas..so kami pun celebrate la time kat cameron ni..kire belated la tu..hehehe penat tau belakon..buat kezutann..macam-macam rintangan...last2 nad terkena jugak dengan lakonan kitorang...
and nad..happy besday ..may Allah swt bless you..smg pjg umur..suksess selalu ..cepat2 temu jodoh..hehehe


ok,takat ni jelah...nak cite lagi panjang sangat pulak..cerita untuk tiga hari tu..tak larat nak menaip..
(haha xlarat ke malas????)...
tap....i best juga lah holiday kali ni..jalan sana-sini..tq kawan-kawan..atleast tak pikir pasal kerja..dapat tengok dunia luar...;) 

lastly, terimlah picture yang tak seberapa kat bawah ni...hehehehehe
kak shasha..kak shasha..*_*