Wednesday 13 July 2016

cerita lama kita

aku tak pernah salahkan dia..dan tak pernah salah sesiapa..apa yang jadi bersebab..apa yang berlaku penuh hikmah..sekarang aku kena lalui tanpa cerita lama..sakit ..perit..hanya orang mampu sahaja dapat rasa kesakitan ni..sakit yang tak nampak luka nya..nak sapu ubat pun tak tahu kat mana..

pernah tak dengar lagu kenangan kau dan dia..pernah kau tau lagu faberet dia..pernah tau kau tau apa yang diminat..pernah tak kau tau apa yang dia suka..pernah tak kau tau apa yang dia tak suka..bila kau dan dia dah tak apa-apa,kau kena hapus semua cerita dia dalam kepala fikiran kau!Allah!!!! tak termampu aku..air mata jadi teman..hari-hari deras je air mata ni..lagi-lagi hati kau rindu..

tiap saat kau cuba hapuskan kenangan..dalam doa kau, tiap sujud kau minta Allah swt ambil segala kenangan kau dan manusia itu..bagi kau kalau ia nya sia-sia ambil lah..hapuskan duka air mata..hari-hari kau minta dekat Allah swt..aku yakin satu hari nanti Allah swt akan makbulkan doa kan..yakin tau!pujuk hati kau..slow-slow..memang take time kan..tak pe Allah swt kan ada..

cerita lama aku dulu pun tak terubat sebenarnya..tapi hadirnya dia boleh padamkan kedukaan yang lama dulu..totally clear! aku boleh lupakan..aku yakin dengan semangat yang dia bagi untuk aku hapuskan cerita lama aku dulu...sekarang aku lalui semula..sejarah hitam kini kembali!cuma kali ni aku rasa sangat-sangat hilang..walaupun perkenalan tak selama yang dulu..

kau pernah tak baca conversation wasap atau message kau dengan dia dalam hp kau..mesti kau rindu kan..macam aku sekaranglah..seriously aku nak macam dulu..boleh tak agaknya?pagi kau tengahari kau petang kau dan malam kau..mesti ade text..sakit kau,susah kau..senang kau..happy kau..dia ade ade untuk kau..dia dengar keluhan kau..tenangkan kau..dalam masa yang sama kau boleh imagine tak mungkin dia pun tengah care someone juga macam mana dia care kan kau..owhh aku tak kate dia curang..aku pun tak tahu actually..aku andaikan je..

sekarang ni..dia dah tak perdulikan kau disebabkan sesuatu kejadian..mungkin bukan salah sesiapa..takdir!
puas kau pujuk,puas kau rayu..tak diendah satu pun..berkali kau minta maaf,ye dah dimaafkan..tapi tak tahu sejauh mana kemaafan tu..entah silap yang mana..aku..ke dia? sebab tu aku kate tak ade salah sesiapa..

aku selalu tertanya,apa yang dia sembunyi kan..sampai sekarang tak ada jawapan..ok,mungkin hati dia masih tertaut pada cerita lama dia juga..macam aku betahun dengan cerita lama, baru aku jumpa dia,macam dia baru berbulan dengan kisah lama dia,dan aku ditakdirkan untuk bertemu dgn dia..ye,faham sayang tak boleh dipaksa..kau masih sayangkan yang dulu kan??? tak pe,aku faham sangat..aku faham..aku mengalah untuk kebahagiaan orang yanga aku sayang..itu hak kau...biar aku bawa diri..tak pe,aku rawat aku pujuk hati aku sendiri..Allah swt kan ada dengan aku..kau tak payah risau tau..air mata aku,aku boleh lap kan sendiri..tak pe...

tak saling bertegur,aku harap saling mendoakan..moga kau sihat..moga kau tabah..moga kau kuat..moga kau tak lupa tuhan..moga kau dikurniakan kebaikan..
Al-fatihah untuk hubungan kita
Al-fatihah untuk hati kta
Al-fatihah untuk rindu kita
Al-fatihah untuk kenangan kita

thank you yang mulanya dulu saya pernah panggil "awak" :)


Tuesday 12 July 2016

Doa dalam rindu

Assalamualaikum ..

lama sangat aku diam..hilang dalam dunia blog ni..dekat setahun lebih..hari ni menapak balik carik blog ni..aku tukar semua..

orang sekarang dah jarang nak berblog..tapi dari zaman aku study ni lah salah satu cara aku share dengan dunia luar..tu dulu lah masa umur belasan tahun..dan sekarang lagi 2 tahun,nak 3 series dah pun..cepatkan masa tu berlalu..

aku teringin nak macam dulu..tapi yang lepas biar lepas sha..tak boleh nak repeat balik!

anyway thank you so much ,mereka-mereka yang pernah hadir dalam hidup aku..ye hidup aku..semua bersebabkan..dipertemukan..dipisahkan..ditakdirkan..direputkan..dan seangkatan dengan nya..

aku belajar semua dari mereka yang pernah datang dalam hidup aku ni..seriously,jujurnya banyak yang baik dari yang buruk..tapi aku faham takdir..tak boleh nak paksa sesiapa untuk stay dalam hidup kita..

susah..aku akui..memang susah..nak bangun balik..lagi-lagi bila kita sorang jauh dari keluarga..tapi bak kata ibu "ingat lepas harung benda susah,mesti Allah swt nak bagi benda yang senang untuk kita" aku hadam kata-kata ibu..sebab aku tau ibu je yang faham aku sekarang macam mana..

korang pernah tak rasa nak jamah makanan yang memang faberet korang,tapi korang paksa untuk makan juga..untuk hidup tak perlu nak zalim dengan diri sendiri..ye,aku tak lalu makan bila kenang rasa tu..sampai sekarang..aku hilang dekat 20kg..fuh! aku memang obses nak kurus..pernah doa nak kurus even apa jadi sekali pun,tak kisahlah sakit ke,derita ke..sebab aku nak kurus!..ending nye memang makbulkan doa aku..tapi ini lah yang aku perlu harung..tulaaaa..orang tua-tua byk kali pesan "nak doa tu biar yang baik-baik je,jgn minta yang bukan-bukan"aku degilkan..

pernah aku giveup,aku cakap tak ada keadilan dalam hidup aku..tapi kau tau tak dosa cakap mcm tu sha oi,byk dah kebaikkan dianugerahkan..sekurangnya kau hidup selesa..kau bebas nak ke mana-mana..kau boleh capai apa yang kau impikan..adilkan? ramai lagi manusia nak hidup macam kau..patut bersyukur!

pernah tak korang rasa sesuatu yang korang sayang,korang kena lepaskan..sebab terlalu sayang.. T-T
aku tak pernah cakap aku baik,aku ni sempurna..tapi bagi aku biar Allah swt yang aturkan sebab perancangan Dia paling hebat..

sayang! sebab melebihi sayang aku pada pencipta,sebab tu Dia tarik balik nikmat tu..nak sayang biar berpada..ye,aku kalau dah sayang memang aku hargai sangat-sangat..aku jaga betul-betul..aku susah tau nak reserve kan sayang tu..tapi bila aku dah mula terima,ni lah yang aku kena hadap..aku tak pernah paksa orang terima aku..dan aku pun tak nak orang terima aku dalam keadaan terpaksa! dunia tak kejam,yang kejam manusia..kan?

karma? percaya ke pada karma? entahlah bagi aku..apa yang kita buat,kita akan dapat balik..
cerita lama aku...datang dan pergi memang adat..aku pernah ditinggalkan,dan aku juga pernah meninggalkan..aku tak minta semua tu..harap tak ada dendam dalam diam!

banyak kebaikkan aku lalui dengan pengalaman tu,paling aku hargai ketika ini..dalam masa setahun ni paling banyak aku belajar,tentang hidup,tentang perasaan,tentang pengorbanan,tentang hargai..banyak ajar aku erti sebenar rasa..yang takut jadi berani,yang susah jadi senang,yang tak yakin jadi penuh keyakinan..ye,aku mengaku aku berubah.Terima kasih sebab bantu aku,semua atas izin Allah swt,Dia yang aturkan pertemuan tu,sekarang Dia ambil pertemuan tu semula..mungkin bukan takdir untuk terus melangkah..orang lain yang mungkin menanti..mungkin lebih baik dari aku..tipulah kalau tak rindu kenangan dulu..tipulah kalau tak rindu cerita dulu..sebab kau sayangkan..walaupun kau menidakkan pun ada juga rasa tu..tak banyak pun sikit jugalah rasa RINDU tu pasti wujud!
mulut mungkin boleh menipu,tapi hati tak..air mata pun tak boleh nak tipu..akan mengalir sendiri bila terlalu rindu...sorry teremosi lebih..huh!! sakit yang tak nampak kan?tapi ada ubatnya...

ubatnya.. untuk rindu adalah melalui doa..tak pe,untuk kebahagian orang lain tak salah kita doakan..tak pe mengalah demi kebahagian orang lain..ibu cakap" normal lah rindu tu,semua orang akan rasa tapi jangan lupa berdoa bila rasa rindu tu datang,lebihkan rindu pada Allah swt,insyAllah terubatlah segala rindu tu"
Al-fatihah

ok,fine! pujuk hati terima takdir..mungkin terpisah sekarang,satu masa nanti mungkin berjumpa balik! pujuk ati yer..sesuatu yang terbaik bakal menanti..percayalah..aturan Allah swt tak pernah silap...

"Kadang-kadang kita lepaskan seseorang itu pergi bukan sebab tak sayang, 
tapi sebab kita terpaksa buat pilihan - antara dia dan Allah.
Mungkin nanti dia akan lebih bahagia dengan orang lain. 
Mungkin nanti kita juga akan lebih bahagia dengan orang lain. 
Atau mungkin Allah akan aturkan
 kita dan dia bertemu lagi, bernikah, dan seterusnya terus bercinta menuju redhaNya.
Mungkin juga pertemuan semula itu tak berlaku di Dunia, tapi nanti, di JannahNya.
Yakin pada Allah. Dialah sebaik-baik perancan"