Assalamualaikum.. :)
Ok entri kali ni nak cerita pasal hati..sebab hari ni hati banyak memainkan peranan..huhuhu kalau dapat buat scan dekat hati ni,mesti cedera parah..luka..terguris dan sepastinya calar balar..tak tau la macam mana dah rupanya kan..Hati dan perasaan memang tak boleh dipisahkan..ibarat langit dan matahari..
Apa yang tersentuh dekat hati akan melahirkan satu perasaan yang sememangnya tidak boleh dinafikan..dan melalui perasaan itu lah, yang dapat mengambarkan tingkah laku seseorang..samada sedih, gembira, terluka, kecewa dan sebagainya..
Sekeping hati ni kalau mampu menangis sendiri kan elok..tak payah air mata tu keluar mengalir kat kelopak mata..tapi apakan daya tu semua lumrah kehidupan manusia..kalau tak ada deria rasa macm tu,tak normal la kan...sensitiviti tu perlu ada..nanti orang panggil heart less pulak...bila dah "heartless" automatik jadi "useless" betul tak??..(huhuhu ape yang kak shasha merepek ni????)
Apa-apa pun,tempat yang terbaik untuk kita mengadu akan keperitan hati yang kita tanggung tu ialah Allah s.w.t...Allah sahaja yang boleh mengubat hati yang luka ni..mendekatkan diri kepadaNya adalah jalan yang paling terbaik..kita mengadu apa saja,pasti Allah akan dengar..Allah tak duga hambanya yang tak mampu untuk lalui dugaan yang diberi..Mungkin sebaliknya ada hikmah yang tersembunyi....InsyAllah bahagia menanti...
Sabarlah wahai hati...Pasti Allah s.w.t akan mengubat kedukaan itu...yang penting perlu bersyukur atas nikmat rasa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.... Amin~