Alhamdulillah,syukur pada Allah s.w.t bertemu lagi di bulan yang penuh berkat ni,iaitu bulan Ramadhan di mana pada bulan ni pintu Syurga dibuka luas dan pintu neraka ditutup rapat.Pada bulan ni lah kita perlu berbanyakkan beribadat :) Moga-moga kita manfaatkan bulan yang mulia ni..jangan sia-sia kan tau..
Okey,berbalik pada tajuk kat atas tu...dah lima tahun rupanya kitorang sekeluarga sambutan ramadhan tanpa insan tersayang iaitu arwah abah..bila teringat balik lima tahun lepas,last sambut ramadhan dengan abah,abah lah orang yang paling sibuk plan menu berbuka puasa..lepas tu dia akan ke pasar dengan ibu cari bahan yang dimasak..abah hebat buat dessert...hari-hari bertukar menu..macam-macam bubur kitorang rasa..dan favourite kak shasha of couse lah bubur jagung dan bubur cacar...meriah bubur tu kalau abah masak macam-macam dia letak..ada keladi,ada keledek..macam-macam lah..ibu memang bab masak-memasak lauk memang superb..so abah memang part dia hanya buat dessert je lah..tak pun bab kuih-kuih melayu,memang ada je idea abah..dan sekarang hanya tinggal kenangan..lepas abah pergi buat selama-lamanya pada tahun 2008,kami lah adik-beradik kena belajar buat bubur sendiri,buat kuih-muih sendiri...walaupun dah lima tahun berlalu,masih segar lagi kat ingatan dan selama-lamanya tak kan hilang kenangan yang cukup istimewa bersama arwah abah...
Ahad lepas,kitorang adik beradik datang menziarah pusara arwah abah,membersihkan pusara abah,siap taman pokok bunga baru lagi..abah memang pencinta bunga-bugaan,tak lekang dengan pokok orkid kesayangan..ibu dengan abah memang pencinta orkid :)...
pengubat rindu dari kami untuk abah ....sekalung Al-fatihah kami sedekahkan kepada arwah abah..semoga abah tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh....Amin~
Al-fatihah...
Kamsudin Bin Kasan
15.08.1955-24.12.2008
















No comments:
Post a Comment