Assalamualaikum semua..Salam Ramadhan...:)
Sedar tak sedar dah masuk tujuh ramadhan kan...hehehe dah seminggu rupanya...so means ramadhan ada lagi 23 hari lagi....so jom sama-sama kita kejar pahala di bulan ramadhan ni...
For this year berpuasa kat tempat kerja baru...so far Alhamdulillah,sepanjang berpuasa kat situ..kerja tak terlalu pack..sometimes bila kerja dah disiapkan awal pagi,petangnya dah boleh rehat...jadi nak solat zuhur dan nak baca Al-quran pun sempat..tak terkejar-kejar sangat...dan waktu punch out dari office 4.30pm...ok lah kan..lagi pun rumah dekat je..balik rumah,boleh tolong ibu and kak farah masak dan prepare juadah untuk berbuka puasa...
Apa-apa pun thank you Allah...:) Syukur,Alhamdulillah...
kali ni nak share Doa Dhuha..suka dengar zikir dhuha yang kumpulan unic nyanyi kan tu..senang dah nak hafal doa ni....Ok mean Dhuha ialah "pagi"...jadi ruang waktu untuk menunaikan solat sunat Dhuha ni bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari dan waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat-solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Solat Dhuha ni adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.Allahu Akbar besar sungguh manfaat Solat Dhuha ni...jadi yok kawan-kawan semua,jom kita amalkan...:)
Doa Dhuha ni dibaca ketika selepas menunaikan solat sunat Dhuha .. :)
Ini pula link from youtube
zikir dhuha from kumpulan Unic
#renung-renungkan dan selamat beramal ;)
*tq bagi pemilik-pemilik blog yang ada share info tentang solat Dhuha ni...sedikit sebanyak dapat tambah ilmu pengetahuan kak shasha untuk update entri Solat Dhuna ni... thank you so much...sayang kalian...














No comments:
Post a Comment