Ok,untuk resipi kali ni nak share care nak buat Rojak Singapura ataupun Rojak India...
Bahan-bahannye:-
600gm tepung gandum
1 camca teh yis
sedikit garam dan pewarna kuning (Buat adunan seperti jemput-jemput untuk menggoreng udang, tauhu dan telur)
150gm udang (Gunting janggut nya saja,goreng dengan adunan
tepung seperti cucur udang).
4 keping tauhu (Di potong 4 segitiga sapukan sebelah tauhu dengan sedikit adunan tepung, letakkan seekor udang dan di goreng).
6 biji telur (Di rebus dan di buang kulit nya, celup dalam adunan tepung semasa menggoreng)
minyak untuk menggoreng

Bahan Magalek :-
1 mangkuk tepung gandum
1 cawan kelapa
1 cawan tauge
sedikit garam dan minyak untuk menggoreng (Kesemua bahan ini di kacau rata dengan secukup air dan apabila menggoreng celupkan dulu sudip nya ke dalam air supaya tidak melekat)
1 ekor sotong kembang/basah yang sedang (Potong mengikut cita rasa)
6 biji kentang (rebus, kupas kulit nya)
4 camca besar cili serbuk dan garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng (Sotong dan kentang digaul dengan cili serbuk dan garam berasingan kemudian di goreng)
Untuk Kuah pulak:-
1 kg keledek(Di rebus dan di kisar dengan air)
15 tangkai cili kering (Di kisar)
1 cawan kacang tanah (Di goreng dan di kisar)
25gm bijan (Di goreng tanpa minyak hingga kuning)
Gula dan garam secukup rasa- saya tambahkan gula merah
Tauhu goreng,cucur udang,telur rebus
goreng,mangalek,sotong goreng,kentang goreng,crab stick celup tpg dan timun.
Cara Cara nak buat kuahnye pulak:-
1. Gaul keledek dan cili dengan air secukup nya (1000 ml).
2. Masak sehingga pekat dengan api sederhana.
3. Masukkan gula dan garam secukup nya.
4. Apabila kuah mendidih dan pekat, masukkan kacang dan biarkan 5 - 10 minit.
5. Matikan api dan kemudian taburkan bijan.

Selamat Mencube...=)

No comments:
Post a Comment